Friday, November 30, 2012

Cara-cara Buat Aiskrim Goreng

Assalamualaikum guys! Hai, hari ni entah kenapa tangan ni duk rajin sgt, nak tulis tutorial cara buat asikrim goreng. haha actually aku ni bukan pandai sangat masak, tapi ye lah first time buat, so nak share lah. Tambah pulak ramai kawan tanya nak buat camna, so aku share lah. hihi :D

Bahan-bahan :
1.Aiskrim (ikutlah perisa yang korang suka)
2.Roti ( beli roti gardenia lah, atau rot yang buat sandwic tu)

Cara-cara:
1.Amik sekeping roti,letakkan aiskrim atas roti tu.Jangan letak sikit sangat, jangan letak banyak sangat. dalam 1 1/2 sudu cukup.
2.Amik sekeping lagi roti lepas tu letak atas aiskrim tu.Jadilah sandwic aiskrim kan?
3.Then pergi lah amik cawan, tekankan atas roti tadi.. Tekan kuat2... jangan gerakkan..
4.Jadikan aiskrim roti tu bulat. Buanglebihan roti tu. Eh jangan buang! membazir. makan lah. tak pun buat puding roti.
5.Kalau nampak roti tu terbuka, tekan2 skit..
6.Dah jadi bulat cantik tu, masukkan dalam peti ais.Letak kat freezing tau! Tinggalkan paling kurang 5 jam. Ingat, jangan tinggal sampai berhari-hari, nanti tak sedap.
7. Keluarkan dari peti, panaskan minyak.
8.Bila minyak dah betul2 panas, masukkan aiskrim roti tu. 20 saat sebelah atas, balikkan, 20 saat pulak sebelah bawha. Then angkat, hidangkan!
 Haa senang sangat kan? so toksah duk bazir duit beli kat luar, buat sendiri, lagi jimat. Ni roti aiskrim yang aku buat. Haha tak cantik , tapi rasa sedap. eh masuk bakul angkat sendiri pulak XD muahaha.


Wednesday, November 28, 2012

7 JENIS WAJAH MAYAT

Assalamualaikum, hari ni saya nak share skit pasal 7 jenis wajah mayat dalam kubur. Jom kita bermuhasabah diri :)

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
 2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
 5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
 6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba
'. 7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
 Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang dilarang..

Saturday, November 24, 2012

KEM REMAJA WAWASAN

Assalamualaikum.Lama nya saya tak update kan? Rindu? Haha k koya --' Kali ni nak update pasal KEM DEWASA REMAJA WAWASAN. Boleh kata best jugak ah kem tu. Well first time join kem keagamaan! hikhik *Gelak sopan* K dh stop mengarut . ni haa ceritanya duk diam2, dengar ni nak cerita :P

KHAMIS, 15 NOVEMBER 2012

Okay mula pukul 2.15 amik Nurul kat Risda. Lepas tu bertolak lah, Amalina & Nisha tolak asing2. Dalam 3.40 tu sampai lah Merantau Inn Resort, Dungun. Lepas daftar, terus dengar taklimat,makan. Petang tu kami ada ice-breaking. Main tiup belon, tengok harta karun apa ada kat dalam. Dan saya dapat ular belut. Maknanya saya kump. belut lah. Best woo kumpulan tu, ahli semua sporting! Kami jgk disuruh cr pasangan, dan psgn saya tu Yul :* Then kami dibagikan bilik. Mmg seronok lah kan sbb kami semua dari SMC ni satu bilik then satu bilik jugak dgn geng alfalah yang sporting tuu.. 10 orang sebilik, tapi best sbb bilik tu luas! Masa dia bagi sangat lah sempit2, smpai kami tak sampai mandi. Malam tu kami solat berjemaah, baca mathurat berjemaah, dengar ceramah & mengaji sebelum tidur. Yang bestnya, kami mandi pukul 12 malam! Ingat lg, malam tu phone saya 'hilang'. Cari punya cari sampai patah kaki katil. haha punya lah lasak kami ni kan --' at last jumpa phone tu bawah katil.

JUMAAT, 16 NOVEMBER 2012

Hari ke2, bangun pukul 3.45 pagi. Dah la tidur hampir pukul 2, bangun plk pkul 3.45. well biasalah kan nama pun kem. Kami qiamulail, pagi tu aerobik, ada slot-slot, slot yang paling best slot menjual sesuatu yg anda sayang & anda ingin org lain pun ada. Kump saya jual iPhone. Ada yang nak lawan, jual SII lah, quran digital, set jersey, blackberry & yang paling unik is MARUAH! masa boys pergi solat jumaat, kami girls ni menjahit. aku ni terkial-kial menjahit. malu --' Petang tu aktvti paling excited sekali! AMAZING RACE ASIA AMAZING QURAN RACE. Antara aktivitnya, buah ukhwah, spider web, bulu tangkis, cari harta karun & mcm2 lagi. Buah ukhwah lah yg paling best kot. Bayangkan, kami kena buang kulit oren yg besar tu dengan 1 jari je, lepas tu suap kawan makan dgn 1 jari. Lepas tu air oren yang meleleh kat tangan kami tu kawan2 kami kena jilat. haaa mencabar tak?? eh lupa nak cakap! sebelum tu kami solat asar & bdk laki solat asar kat tepi pantai. Best nya! kan? then pukul7, kami masuk bilik. Kes tak sempat punya pasal, so kami pun mandi 4 orang sekaligus.hahaha sweet moment. malam tu ceramah ..

SABTU, 17 NOVEMBER 2012

Hari terakhir, pagi tu kami main 'lindungi pasangan anda'. Mainannya, pasangan diikiat belon pada kaki dan psgn satu lagi kena lindung belon psgn dia tu drpd pecah. Sedihnya, belon kami pecah awal2. Sedih :'( then ada 2 slot lagi, lepas tu sesi penyampaian hadiah. Dalam pukul 2,  majlis bersurai. Sedih jugak la nak tinggalkan kem ni.. Thanks KRIM & ISMA sbb anjur kem ni. 

Okay tu je pasal kem,, Assalamualaikum :)