Assalamualaikum.Lama nya saya tak update kan? Rindu? Haha k koya --' Kali ni nak update pasal KEM DEWASA REMAJA WAWASAN. Boleh kata best jugak ah kem tu. Well first time join kem keagamaan! hikhik *Gelak sopan* K dh stop mengarut . ni haa ceritanya duk diam2, dengar ni nak cerita :P
KHAMIS, 15 NOVEMBER 2012
Okay mula pukul 2.15 amik Nurul kat Risda. Lepas tu bertolak lah, Amalina & Nisha tolak asing2. Dalam 3.40 tu sampai lah Merantau Inn Resort, Dungun. Lepas daftar, terus dengar taklimat,makan. Petang tu kami ada ice-breaking. Main tiup belon, tengok harta karun apa ada kat dalam. Dan saya dapat ular belut. Maknanya saya kump. belut lah. Best woo kumpulan tu, ahli semua sporting! Kami jgk disuruh cr pasangan, dan psgn saya tu Yul :* Then kami dibagikan bilik. Mmg seronok lah kan sbb kami semua dari SMC ni satu bilik then satu bilik jugak dgn geng alfalah yang sporting tuu.. 10 orang sebilik, tapi best sbb bilik tu luas! Masa dia bagi sangat lah sempit2, smpai kami tak sampai mandi. Malam tu kami solat berjemaah, baca mathurat berjemaah, dengar ceramah & mengaji sebelum tidur. Yang bestnya, kami mandi pukul 12 malam! Ingat lg, malam tu phone saya 'hilang'. Cari punya cari sampai patah kaki katil. haha punya lah lasak kami ni kan --' at last jumpa phone tu bawah katil.
JUMAAT, 16 NOVEMBER 2012
Hari ke2, bangun pukul 3.45 pagi. Dah la tidur hampir pukul 2, bangun plk pkul 3.45. well biasalah kan nama pun kem. Kami qiamulail, pagi tu aerobik, ada slot-slot, slot yang paling best slot menjual sesuatu yg anda sayang & anda ingin org lain pun ada. Kump saya jual iPhone. Ada yang nak lawan, jual SII lah, quran digital, set jersey, blackberry & yang paling unik is MARUAH! masa boys pergi solat jumaat, kami girls ni menjahit. aku ni terkial-kial menjahit. malu --' Petang tu aktvti paling excited sekali! AMAZING RACE ASIA AMAZING QURAN RACE. Antara aktivitnya, buah ukhwah, spider web, bulu tangkis, cari harta karun & mcm2 lagi. Buah ukhwah lah yg paling best kot. Bayangkan, kami kena buang kulit oren yg besar tu dengan 1 jari je, lepas tu suap kawan makan dgn 1 jari. Lepas tu air oren yang meleleh kat tangan kami tu kawan2 kami kena jilat. haaa mencabar tak?? eh lupa nak cakap! sebelum tu kami solat asar & bdk laki solat asar kat tepi pantai. Best nya! kan? then pukul7, kami masuk bilik. Kes tak sempat punya pasal, so kami pun mandi 4 orang sekaligus.hahaha sweet moment. malam tu ceramah ..
SABTU, 17 NOVEMBER 2012
Hari terakhir, pagi tu kami main 'lindungi pasangan anda'. Mainannya, pasangan diikiat belon pada kaki dan psgn satu lagi kena lindung belon psgn dia tu drpd pecah. Sedihnya, belon kami pecah awal2. Sedih :'( then ada 2 slot lagi, lepas tu sesi penyampaian hadiah. Dalam pukul 2, majlis bersurai. Sedih jugak la nak tinggalkan kem ni.. Thanks KRIM & ISMA sbb anjur kem ni.
Okay tu je pasal kem,, Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment
Guys, leave your footprints here :)