Assalamualaikum, hari ni saya nak share skit pasal 7 jenis wajah mayat dalam kubur. Jom kita bermuhasabah diri :)
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya
tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam
solatnya.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang
semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa
hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih
busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba
'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya
berilmu dan beramal soleh.
Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang
dilarang..
No comments:
Post a Comment
Guys, leave your footprints here :)